KASYAF KUBRO(LEVEL 2)

RAHSIA KUNCI ILMU NURUL GHOIBIYYAH HIJABUL ASROR QUBRO ANUGERAH AGUNG (KASYAF QUBRO)

Menembus Dimensi Ghaib  Melangkaui Batas Ruang & Waktu, Menggapai Spiritual, Mencapai Kesuksesan, Mendatangkan Keajaiban & Mewujudkan Keinginan Menjadi Kenyataan.

 

Selama lebih 10 tahun Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D berpengalaman dalam memberikan bekal kemampuan spiritual yang siap digunakan serta dimanfaatkan melalui method Pembangkitan Energi Haq Tingkat Tinggi untuk membangkit serta mengaktifkan kekuatan potensi diri yang sudah teruji dan terbukti sebagai method tercepat,terpantas dan terdahsyat dalam menguasai ilmu Spiritual.

 

Melalui Pengijazahan,pengaktifan,transfer energy haq Nurul Ghoibiyyah Hijabul Asrar Qubro Anugerah Agung yang merupakan suatu proses pembukaan Mata Bathin & Pembangkitan Power Energi Spiritual Haq yang bersumber dari dalam diri secara langsung dan serta merta(hadir diri)manakala jarak jauh pula akan diberikan kapsul,garam bioplasmik dan air karomah pembangkitan untuk pengaktifan keilmuan.

 

Memperkenalkan kepada anda program terbaru Nurul Ghoibiyyah Hijabul Asrar Qubro Anugerah iaitu Program Kasyaf Qubro(Mukasyafah Ilmu Haq),dengan menguasai ilmu tingkat kesempurnaan yang merupakan ilmu yang sangat langka dan hanya dikuasai oleh segelintir orang sahaja dan diwariskan secara turun-temurun,dan program ini merupakan gemblengan khusus bagi anda yang ingin terjun di masyarakat dengan menjadi seorang perawat handal yang memiliki kemampuan mata batin luarbiasa. Program ini secara khusus akan membuka hijab mata batin & membangkitkan indera ke-6 anda secara cepat,pantas dan tepat sehingga anda dapat memiliki kemampuan supernatural yang sangat mengkagumkan seperti melanglang buana tanpa batas ruang dan waktu,menembus dimensi astral,meraga sukma,mampu berkomunikasi ghaib,meminjam kesaktian,tenaga dalam karomah,silat ghaib,pagar ghaib,berkemampuan merawat pelbagai jenis penyakit standing juru sembuh handal dan menguasai berbagai ilmu metafizik setingkat paranormal dan banyak lagi yang akan dirasakan sendiri oleh pengamalnya..

 

Program Kasyaf Qubro ini dilengkapi dengan 45 keilmuan berijazah yang sangat ampuh dan sangat dahsyat kekuatannya.Program ini dilengkapi dengan pelbagai jenis keilmuan,amalan,latihan,pernafasan dan sebagainya dimana program ini sangat lengkap dan sukar untuk dijumpai program mata batin selengkap ini ditempat lain dan hanya boleh diperolehi di Anugerah Agung Spiritual Development Centre.

 

Berikut dibawah ini adalah 45 keilmuan berijazah dan ditransfer dengan energi haq Nurul Ghoibiyyah Hijabul Qubro Anugerah Agung yang akan diterima oleh peserta yang mengikuti program Kasyaf Qubro ini,dia antaranya ialah:

 

RAHSIA PEMBANGKITAN KAROMAH MATA BATIN TINGKAT SUPER

IJAZAH 1:Teknik Membangkitkan Ajna Chakra-Ajna Chakra adalah Chakra yang terdapat pada dahi. Jika Chakra ini aktif maka berdaya guna untuk membuka indera ke-6 dan memiliki kemampuan hipnotis atau mempengaruhi orang/massa sehingga rasa Percaya diri akan meningkat drastik.dengan latihan secara saintifik ini akan membantu anda untuk mempercepatkan proses pembukaan indera keenam.

 

IJAZAH 2:Membuka Cakra Ajna atau Mata Ketiga dengan method doa-Selain dari latihan secara saintifik,anda akan saya dedahkan rahsia khusus pembukaaan mata ketiga dengan method berdoa,dengan kaedah ini mudah-mudahan pusat tenaga ajna anda akan segera terbuka.

 

IJAZAH 3:RAHSIA ILMU TERAWANGAN GHAIB ANUGERAH AGUNG-Berguna untuk melihat alam ghaib dan alam nyata dari jarak jauh serta untuk  melihat kekuatan ghaib atau energi yang ada pada benda,pusaka atau azimat.

 

IJAZAH 4:Cara membuka Mata Batin / Indera ke enam-Manusia pada umumnya tidak dapat melihat alam Ghaib / Alam metafizik.kerana mata mereka tidak terlalu kuat,hal ini dapat di bantu dengan membuat mata batin orang tersebut yang letaknya kira kira 1 cm diatas pertemuan kedua alis.

 

IJAZAH 5:RAHSIA KHUSUS CARA MELIHAT MAKHLUK GHAIB-Tanpa puasa, Insya Allah anda boleh melihat makhluk ghaib melalui amalan berikut ini. Tujuan melihat makhluk ghaib adalah agar kita makin yakin akan kekuasaan Allah SWT dan sebagai bukti bahawa ada makhluk ghaib diluar manusia.

 

IJAZAH 6:JIKA INGIN MENGETAHUI SUATU PERKARA YANG SAMAR-Jika anda ingin mengetahui apakah seseorang terkena guna-guna/santet, apakah isteri/suami anda selingkuh, apakah anak anda terlibat ketagihan, mencari orang hilang dll maka gunakan cara berikut ini, Insya Allah akan ditunjukan semua perkara tersebut dengan sejelas-jelasnya.

 

IJAZAH 7:AMALAN MEMBUKA KASYAF-Orang yang memiliki kasyaf mata batin akan banyak mengetahui rahsia ghaib. Berikut ini adalah amalan cara membuka kasyaf. Insya Allah kasyaf akan terbuka dan anda akan diberi pengetahuan akan rahsia  ghaib. Tentu amalan ini akan terbukti jika anda istiqomah mengamalkannya dan banyak berbuat baik.

 

 

IJAZAH 8:PENGAKTIFAN TENAGA DALAM KAROMAH SUPER UNTUK MEMBUKA MATA BATIN-Dalam program ini anda saya ijazahkan keilmuan tenaga dalam karomah yang berfungsi khusus untuk membuka mata batin anda, apa yang menarik dan istimewa berkenaan keilmuan tenaga dalam yang satu ini adalah terletak pada amalannya yang apabila diamalkan dan dilatih secara terus-menerus akan mempercepatkan serta menajamkan kepekaan mata batin pengamalnya untuk melakukan scanning dll

 

 

IJAZAH 9:RAHSIA MENGASAH KEPEKAAN SPIRITUAL-Bagi anda yang kurang peka/berbakat sehingga mengalami kesukaran merasakan energy ghaib, menembus alam ghaib, melakukan terawangan dll, amalan dahsyat ini boleh diandalkan. Insya Allah kepekaan kita akan makin tajam sehingga mampu berkomunikasi dengan makhluk astral, berkemampuan mengetahui isi hati/fikiran orang lain dan berbagai kemampuan spiritual lainnya.Sudah banyak anggota perguruan Anugerah Agung yang berhasil dengan kaedah ilmu haq luarbiasa ini.

 

IJAZAH 10:PETUNJUK JIKA TERSESAT DIGUNUNG / HUTAN-Bagi anda yang suka melakukan ekspedisi mengembara, perihal tersesat digunung/hutan adalah hal yang patut dielakkan / dihindari kerana sangat berbahaya. Panduan berikut ini dapat anda lakukan jika sedang tersesat tak tahu arah.sangat mujarab dan mustajab.

 

IJAZAH 11:Kebal Guna-Guna dan Santet-Cukup dengan membaca kalimah yang sederhana, Insya Allah kekuatan hitam sejahat apapun tidak akan mampu masuk ke dalam tubuh.

 

IJAZAH 12:Keselamatan Mutlak Dari Marabahaya-Lakukan ritual berikut agar anda senantiasa diberi keselamatan oleh Allah dari bahaya tenggelam, kebakaran, binatang buas/berbisa, aman dari setan/jin, terhindar dari orang jahat/rompakan/kecurian dll.

 

Menangkal Pencuri Dengan Ilmu Haq Khusus-Rumah sangat penting untuk dipagari secara ghaib agar pencuri/perompak yang pakar sekalipun tidak mampu menembus rumah anda.

 

IJAZAH 14:Mendapat Kawalan 7000 Malaikat: Doa dibawah ini apabila dibaca secara khusu’ dan yakin, maka Allah akan mengirim 7000 malaikat untuk mengawal kita agar terhindar dari hal-hal yang tidak di-inginkan apapun bentuknya.

 

IJAZAH 15:Ilmu Memindahkan Penyakit-Ilmu ini boleh digunakan untuk memindahkan penyakit. Caranya cukup mudah namun hasilnya Insya Allah sudah banyak dibuktikan.

 

IJAZAH 16:RAWATAN MENEUTRALKAN ILMU TELUH:Ilmu Penawar Teluh-Untuk meneutralkan teluh/santet, ilmu ini cukup ampuh kerana diambil dari ayat-ayat Quran. Berhati-hatilah kerana zaman sekarang teluh adalah cara ampuh membinasakan orang tanpa dapat dikesan oleh Undang-undang Negara.

 

Ilmu Teluh

Ini juga sihir yang terkenal di Indonesia. Ia adalah sihir yang lebih kurang sama dengan ilmu santet. Perbezaannya terletak pada objek pemujaannya yang terdiri daripada objek yang bernyawa. Objek yang sering digunakan adalah haiwan seperti katak, lintah, lipan dan sebagainya. Ciri serangan sihir jenis ini dapat dialami oleh mangsa sihir dan juga orang lain yang berada di sekelilingnya. Antara contoh serangan sihir yang biasa dialami adalah:

  • Terlihat bola api ataupun cahaya yang masuk ke dalam rumah.
  • Terdengar bunyi benda jatuh di dalam rumah ataupun pasir ditabur di atas bumbung rumah.
  • Terdengar suara lebah ataupun ribut ataupun seperti orang sedang bergaduh walaupun di rumah itu sebenarnya tidak ada orang.
  • Sekiranya sihir dihantar pada satu bahagian tubuh mangsa, anggota yang disihir akan membengkak. Bahagian yang membengkak itu kemudiannya mengeluarkan binatang seperti ulat, cacing dan lintah.
  • Wujud binatang seperti lipan ataupun lintah diikuti bau busuk yang tidak diketahui puncanya di dalam rumah.

RAWATAN MENEUTRALKAN ILMU TENUNG

Ilmu Tenung Ini juga adalah sihir yang terkenal di Indonesia. Ia adalah olahan daripada ilmu santet dan teluh, tetapi kesan yang dihasilkan daripada sihir ini lebih kepada gangguan fizikal yang berlaku di dalam rumah dan objek fizikal yang keluar daripada tubuh mangsa. Antara contoh serangan sihir ini yang biasanya berlaku adalah:

 

  • Pinggan mangkuk jatuh dari meja, pecah ataupun berterbangan di dalam rumah.
  • Terdapat bahan-bahan seperti paku dan dawai di dalam makanan.
  • Jubin lantai rumah tiba-tiba pecah dan ternagkat ke atas seolah-olah disusun.
  • Keluar jarum, dawai, benang, kaca dan paku daripada anggota tubuh mangsa yang disihir.

 

 

IJAZAH 17:Melunturkan Ilmu Hitam dalam Tubuh Diri Sendiri-Jika anda terlanjur memiliki ilmu hitam seperti ilmu santet, pesugihan hitam dll. Silakan lakukan amalan berikut ini untuk melunturkan ilmu tersebut di dalam diri.

 

IJAZAH 18:Mengubati Ilmu Hitam/Kesurupan-Bagi anda yang terkena serangan ilmu hitam, kerasukan dll entah itu pada diri anda, tempat perniagaan, dll, maka gunakan cara berikut untuk meneutralkan pengaruh negatif. Berikut cara meredamnya

 

IJAZAH 19:RAWATAN MENGHILANGKAN SANTET PADA PESAKIT:Membasmi Santet Pada Orang dan Rumah-Doa dibawah ini dapat digunakan untuk menyembuhkan santet/guna-guna/sihir yang menyerang seseorang dan juga boleh digunakan untuk membuang energi negatif yang berada dirumah. boleh dilakukan untuk orang yang sedang kerasukan/histeria.

- Untuk Membersihkan rumah, Gedung atau Tempat Usaha dari Energi Buruk,Caranya sama dengan yang diatas.-Boleh untuk menenangkan anak kecil yang kerap menangis

 

Ilmu santet merupakan di antara ilmu sihir yang terkenal di Indonesia. Ia adalah sejenis sihir serangan jarak jauh yang menggunakan pemujaan kepada objek mati seperti kain, jerami, jarum, serbuk kaca, lilin, benang dan kemenyan. Mantera-mantera dibaca bertujuan menyeru jin-jin jahat dan jin-jin itu dihantar kepada mangsa sihir bagi menyebabkan sakit pada bahagian tertentu tubuh mangsa. Kesan sihir tidak dapat dilihat oleh pesakit ataupun orang lain. Hanya pesakit yang mengalami dan merasai kesakitan itu

 

 

IJAZAH 20:Cara Mengembalikan Santet-Cara berikut ini BOLEH digunakan untuk mengembalikan segala jenis santet, teluh, guna-guna dll yang menyerang kita. Insya Allah santet tersebut akan balik menghantam si pengirimnya.

 

IJAZAH 21:Menang Melawan Segerombolan Jin-Kena belasah ternyata tidak hanya dilakukan oleh manusia. Jin jahat pun kerap melakukannya. Jadi, jika anda diserang oleh sekumpulan  jin jahat, cara berikut ini sangat ampuh untuk dilakukan sehingga para jin tersebut akan bertekuk lutut dan tak berani melawan anda lagi

 

IJAZAH 22:Amalan Kunci Kelemahan Jin-Jin seringkali mengganggu manusia dari sekadar gangguan ringan sampai ke peringkat kritikal kerana disuruh orang jahat. Jadi agar jin takut ketika akan mengganggu kita, amalkan ikhtiar batin berikut ini .

 

IJAZAH 23:Doa Menyedarkan Orang Pingsan-Doa berikut cukup mudah dilakukan dan berguna untuk menyedarkan orang yang pingsan

 

IJAZAH 24:ILMU MEDIATOR GHAIB-Ilmu pengubatan yang sangat istimewa dan ajaib, yang belum pernah diajarkan oleh mana-mana perguruan sebelum ini sama ada dalam Negara mahupun luar Negara. Ilmu ini dapat membongkar segala rahsia penyakit mistik,misteri,ghaib dan sebagainya sehingga dapat menarik sukma bomoh /dukun santet / makhluk suruhan / orang lari dari rumah,pencuri dan sebagainya.

 

 

IJAZAH 25:PEMBUKAAN MATA BATHIN-Kaedah ini adalah untuk membuka mata batin/ mata ketiga/ mata scan/ deria keenam/ pandangan rohani

 

IJAZAH 26:PEMBUKAAN MATA BATHIN KASYAF QUBRO ANUGERAH AGUNG-Keilmuan ini merupakan ilmu mata bathin kasyaf tingkat tinggi yang sangat besar khasiatnya,pengamalnya akan menguasai ilmu mata bathin yang super dahsyat,apabila kasyaf anda terbuka dan boleh menembus dimensi ghaib, maka anda akan melihat makhluk halus berada di mana-mana saja,sangat-sangat diperlukan bagi seorang pengamal perubatan dalam perubatan mereka,Anda akan mengalami pengalaman luarbiasa seperti memiliki kemampuan melihat makhluk halus dalam kedai makanan,restoran yang menggunakan pelaris,boleh mengetahui seseorang mempunyai ilmu yang baik ataupun ilmu hitam,mengetahui penyakit seseorang samada penyakit medik ataupun penyakit yang berpunca dari gangguan jin,sihir,santet dsbnya,pengamal ilmu ini juga mampu berkomunikasi dengan makhluk ghaib dll,ilmu kasyaf qubro ini dapat disejajarkan dengan ilmu kepekaan indera keenam,seseorang yang sudah sempurna menguasai ilmu ini pasti tidak akan mudah teperdaya dengan tipu daya makhluk halus,dan pelbagai kelebihan luarbiasa yang akan dialami dari masa ke semasa.

 

IJAZAH 27:SHOLAWAT PEMBUKA MATA BATHIN-Selawat ini merupakan antara salah satu selawat kesukaan saya,khasiatnya sangat luarbiasa untuk memudahkan melakukan terawangan, merasakan sensasi ghaib, tajam firasat,mengetahui isi hati orang yang berjumpa pengamalnya,menajamkan kemampuan psikik,dan pelbagai kelebihan lain yang bakal dialami oleh pengamalnya.

 

IJAZAH 28:KAEDAH PEMAGARAN GHAIB RUMAH, KEDAI, GUDANG/KILANG DSBNYA AGAR RUMAH KELIHATAN SEPERTI LAUTAN / SUNGAI BERGELOMBANG BESAR-Ritual berikut ini berfungsi untuk memagari rumah agar terhindar dari pencurian/kejahatan. Kalaupun sampai terjadi, maka pencuri akan terperangkap didalamnya kerana ia melihat rumah tersebut bagaikan lautan/sungai bergelombang besar.

 

Amalan ini sangat besar khasiatnya,apabila menghendaki agar rumahnya, perniagaannya atau gudangnya dan lain sebagainya tidak kecurian, atau bila ada pencuri masuk ke situ maka yang dilihat di sekeliling tempat itu adalah lautan yang bergelombang besar atau berupa sungai yang besar sekali sehingga si pencuri tidak dapat meninggalkan tempat tersebut.Insya Allah.

 

Kaedah Scanning Panduan Mengesan Jin Dalam Badan Sendiri

Kaedah untuk mengesan kehadiran/kewujudan jin dalam badan kita, Jika wujud jin di dalam tubuh badan, akan berlaku berbagai tindakbalas yang tidak selesa seperti:Terlalu mengantuk tidak dapat ditahan-tahan walaupun baru membaca beberapa kali Rasa kepanasan,Rasa berdebar-debar,Rasa sakit badan, Berpeluh,Berbagai rasa lain.

 

 

IJAZAH 30:MATA KETIGA-Mata ketiga merupakan mata spiritual yang terletak di antara 2 alis. bentuknya seperti mata fizik yang terbalik, memanjang dari atas ke bawah.

 

IJAZAH 31:Pengaktifan Mata Ketiga/ pineal gland (Kaedah lain)-latihan yang diberikan dalam program ini sangat efektif untuk mengaktifkan kelenjar pineal gland untuk aktivasi mata ketiga pengamalnya.

 

IJAZAH 32:KAEDAH UNTUK MENGETAHUI IDENTITI PENYIHIR/BOMOH/TUKANG UPAH-Kaedah ini boleh dilakukan dengan niat yang baik iaitu untuk berjaga-jaga dan berhati-hati dengan si penyihir/tukang upah dimasa-masa hadapan.Adalah amat dilarang jika anda berniat untuk mencederakannya dengan fizikal.

 

IJAZAH 33:ILMU RAJAH KALA CAKRA ANUGERAH AGUNG(LEVEL 1)-Merupakan Ilmu Jawa Kuno warisan leluhur yang telah disempurnakan oleh para wali pada saat Islam telah menyebar di tanah Jawa. Kekhususan rajah ini berfungsi  untuk perlindungan diri dari segala bentuk kejahatan zahir mahupun batin, rawatan / buang sial, mencegah kemiskinan dan lain-lain. Merupakan BENTENG GHAIB yang kukuh untuk menghadapi makhluk-makhluk jahat khususnya penghuni alam ghaib.RAJAH KALA CAKRA INI WAJIB DIAMALKAN PADA SAAT KITA BERMEDITASI, MENEMBUS DIMENSI GHAIB MAHUPUN MERAGA SUKMA.

 

IJAZAH 34:BENTENG DIRI ( 2 )-Benteng Perlindungan Lengkap (untuk Orang Lain)-Pengamal ilmu ini boleh menggunakan keilmuan khusus benteng diri ini untuk melakukan pemagaran ghaib benteng diri kepada ahli keluarga mahupun kepada pesakit  dari sebarang unsure negative dan khianat manusia.

 

IJAZAH 35:AMALAN WAJIB!!!Wirid Khusus Nurul Ghoibiyyah Hijabul Asror Qubro Anugerah Agung “AMALAN KUNCI MEMBUKA GHAIB NYATA”Pengisian Inti Sukma Daya Laduni:Amalan ini merupakan Aura Booster untuk memperkuatkan kekuatan kerohanian pengamalnya, dan berkhasiat tinggi untuk menajamkan mata bathin,mudah untuk menerima isyarat  Ghaib, telepati,mempengaruhi orang dan pelbagai manfaat luarbiasa yang akan diperolehi oleh pemilik ilmu ini.

 

 

IJAZAH 36:TERAPI PEMBERSIHAN RUMAH,KEDAI,KILANG DSBNYA-Terapi khusus ini sangat bermanfaat dan sangat berpengaruh untuk membersihkan,membuang energi negative,pemulihan dan pemagaran suatu tempat dari segala unsur-unsur negative dan sebarang bentuk gangguan yang menganggu proses kehidupan.Rawatan ini boleh dilakukan secara jarak jauh mahupun hadir diri.

Jika anda hendak membersihkan tempat atau rumah atau pejabat atau kebun dll yang keras atau berpenghuni jin

 

Membersihkan Tempat Yang Keras Dan Gangguan Jin(kaedah 2)

Untuk membersihkan tempat atau rumah atau pejabat atau kebun dan lain-lain yang keras atau berpenghuni jin.

 

IJAZAH 37:RAWATAN AS-SYIFA’-Khusus untuk merawat gangguan makhluk halus,jin,dll, berkomunikasi dengan makhluk halus (untuk memindahkan makhluk halus),pemulihan penyakit misteri,histeria kerasukan dll.Anda akan saya ijazahkan 3 keilmuan ampuh sebagai pegangan anda sebagai seorang perawat untuk membantu menangangi masalah histeria/kerasukan yang terjadi di tempat anda atau dimana-dimana yang memerlukan kepakaran anda.

 

HISTERIA/KERASUKAN

Histeria dan rasukan adalah perkara yang sama, iaitu gangguan jin-jin yang memasuki dan merajui tubuh pesakit, lalu mengambil alih fungsi akal dan otaknya. Stres atau emosi yang berlebihan menjadi pintu laluan utama untuk jin, syaitan dan iblis menguasai manusia. Gabungan stress  dan gangguan jin ini bukanlah bertentangan, malah stres itu adalah punca jin-jin dapat masuk ke dalam tubuh manusia itu.

 

Punca-punca Rasukan Jin Yang Utama:

  1. Sihir yang dihantar orang lain.
  2. Gangguan saka.
  3. Jin-jin membalas dendam kerana terdapat perlakuan manusia yang menyakiti mereka seperti:
  • Mencurah air panas di merata-rata tempat termasuk lubang tandas.
  • Membuang benda kotor seperti tuala wanita ke tempat yang tidak sepatutnya.
  • Melakukan perbuatan tidak senonoh ataupun melakukan perkara maksiat.
  • Pengamalan teater tradisional seperti kuda kepang.
  • Menurun, resapan jin jadi-jadian dan pengamalan ilmu pendekar kebatinan.

 

ILMU MENGUBATI ORANG YANG TERKENA GANGGUAN MAKHLUK HALUS

(kaedah ini lebih khusus kepada makhluk halus yang suka bersembunyi didalam tubuh orang yang dirasuk / atau terkena histeria)

 

Ilmu ini menggunakan media limau (dinyatakan semasa pengijazahan) untuk  menarik penyakit secara makrifat ,insya Allah jika anda melakukan dengan betul gangguan yang merasuk atau bersembunyi dan mendiamkan diri tadi akan keluar dan lebih mudah pula anda mengubati pesakit tersebut. Diajarkan juga cara memandikan pesakit selama 3 hari berturut-turut. Insya Allah pesakit akan sembuh dari gangguan tersebut.Ilmu ini sangat penting bagi perawat atau sesiapa saja yang mahu membantu mangsa histeria.

 

ILMU PENGUBATAN MENGUSIR/MENGELUARKAN JIN DARI TUBUH

Anda akan diijazahkan dengan dua amalan mengusir jin. Ilmu ini berfungsi mengeluarkan jin dari tubuh dengan kaedah zikrullah.caranya dengan meletakkan tangan anda ke tubuh orang yang kemasukan jin, jika mahu dapat  diajak berkomunikasi tapi anda jangan terpengaruh dengan permintaan jin tersebut, jika mahu jin tersebut ditangkap dengan cara menggenggam tangan anda tersebut (jin automatik tertarik ke genggaman tangan anda), atau diusir dengan memerintahkannya keluar dari tubuh si pesakit.

 

Ilmu pengusir makhluk jahat dari suatu lokasi atau warung / kedai yang kurang menguntungkan

Keilmuan ini diperlukan oleh perawat sebagai ikhtiar membantu pasien yang mengalami masalah gangguan ilmu sihir yang membuat perniagaan mereka gulung tikar/bangkrup Insya ALLAH dengan rawatan ini akan memancarkan daya tarik dan makhluk halusnya akan pergi mencari lokasi lain.

 

 

IJAZAH 38:RAWATAN SANTAU-Santau merupakan antara amalan sihir yang terkenal di Nusantara. Kemampuan sihir ini menyebabkan mangsa menderita kesakitan sehingga boleh membawa kematian menyebabkan ia menjadi pilihan manusia berhati jahat dan dipenuhi perasaan dendam kepada mangsa. Orang yang merasa dengki atau dendam akan berjumpa dengan bomoh santau untuk menghantar sihir tersebut kepada orang yang dimaksudkannya. Ada juga yang membuat santau semata-mata kerana hendak menguji ketahanan batin seseorang yang dicemburuinya.

 

Terdapat beberapa jenis santau, antaranya ialah:

 

Santau Angin – biasanya dilakukan oleh pembuat santau bagi membuang santaunya disebabkan tabung yang menyimpan santaunya telah penuh. Takut sekiranya santua tersebut melimpah dan akan mengganggu diri dan keluarganya, si pembuat santau akan membuang santaunya di tempat-tempat awam khasnya kedai-kedai makan. Santau akan dilepaskan melaui arah angin dan sesiapa yang berhadapan dengan aliran angin tersebut akan terkena. Santau ini biasanya memakan masa yang agak lama untuk membiak dalam tubuh mangsa.

Santau Tuju – yang menggunakan khidmat jin untuk memasukkan santau ke dalam mulut mangsa atau ke dalam makanan. Mangsa akan tersedak atau muntah darah setelah termakan makanan yang mengandungi racun santau yang dihantar itu.

Santau Makan Dan Minum – iaitu santau yang snegaja diletakkan ke dalam minuman atau makanan seperti gulai semasa majlis kenduri.

Santau Langkah – yang ditabur di depan pintu atau pagar rumah. Sesiapa yang melangkah akan terkena kecuali jika ia dihaskan dan dituju kepada indvidu tertentu.

 

 

Ramuan Yang Digunakan Oleh tukang sihir Santau:

Santau merupakan sihir yang mengadunkan bahan-bahan bisa dan kotor dengan pemujaan makhluk-makhluk halus. Antara bahan ramuan santua ialah miang rebung, kaca botol, kaca lampu kalimantang, rambut, kuku, bisa ular, lipan, hempedu katak puru, miang tebu, jerami enau, ulat bulu mati beragan, kulit lipas, tali sabut, serpihan tulang manusia atau binatang seperti kera atau beruk dan seumpamanya. Bahan-bahan ini ditumbuk halus dan dicampurkan kemudian dipuja dengan kaedah tertentu seperti membaca jampi mantera bertujuan memanggil jin dan syaitan agar bahan-bahan tersebut menjadi sebati dan berbisa.

 

Gejala Terkena Sihir Santau:

Batuk.,Muntah darah.Rasa sesuatu mencucuk dari dalam badan seperti jarum.Demam panas berulang-ulang.Sakit kepala, dada, perut dan pinggang.Lemah anggota terutama sendi.Tapak kaki terasa bisa.Hilang selera makan.Kehilangan berat badan.Susah tidur.Senang mengantuk.Pemarah dan pembenci. Pelupa.Menghidap resdung.Lelah (Asma).Menghidap barah.Lumpuh.Gila.Lemah tenaga batin. Kayap atau kudis di badan.Jari mengerekot dan lidah tersentap ke dalam.Selalu bersedih.Suka bersendirian.Terasa terlalu takut.Terasa seram sejuk pada waktu petang.Hilang keyakinan.Jari dan kuku kebiru-biruan.Bawah mata pucat dan kebiru-biruan.

 

ILMU MENGESAN SANTAU DAN MERAWAT SANTAU VERSI ANUGERAH AGUNG(tahap 1)

Santau, guna-guna, tuju adalah cara halus yang digunakan oleh seseorang untuk mencelakakan orang yang  dibenci, dengki dan menguji ilmu. Cara halus ini kebiasaannya ada hubungkait dengan jin yang jahat.

 

“Santau biasanya menggunakan unsur  alam sebagai perantaraan seperti angin, air, tanah dan api. Kerana kemajuan teknologi dewasa ini, foto seseorang, benda yang pernah dipakai, data diri bahkan melalui teknologi terkini seperti sms, email, mms akan digunakan untuk mencelakakan seseorang”. Sudah ramai mangsa yang jatuh akibat dari perbuatan jahat ini. Orang yang terkena santau, guna-guna,tuju ada setengahnya menderita seumur hidup, menjadi cacat zahir mahupun jiwa bahkan banyak yang mati akibat dari perbuatan terkutuk ini.Sebagai manusia yang diberi akal fikiran tidaklah baik dengan hanya berserah sahaja bila mengetahui perbuatan jahat akan menimpanya. Jalan yang baik adalah menyiapkan diri untuk mempertahankan dari serangan tersebut. Salah satu cara untuk mengesan santau mengikut kaedah yang akan diterangkan nanti rahsianya dalam ilmu mengesan santau ini dan beserta panduan cara merawat santau.

 

IJAZAH 39:MEMBAKAR DAN MENGIKAT JIN-

 

 

IJAZAH 40:MENGIKAT JIN DI DALAM JASAD ORANG YANG SAKIT-

 

IJAZAH 41:Pengaktifan Tenaga Dalam Asmaul Husna-Asmaul Husna adalah 99 nama Allah yang memiliki khasiat sangat dahsyat. Salah satunya adalah boleh membangkitkan tenaga dalam yang berguna untuk perlindungan diri. Berikut cara membangkitkan tenaga dalam dengan metode asmaul husna.

 

Tenaga Dalam Asmaul Husna memiliki beberapa tingkatan. Silakan lakukan amalan berikut dari tingkat 1 hingga 3.

 

Insya Allah dengan memiliki dan menguasai Pengolahan Tenaga Dalam Bathin yang diturunkan oleh Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D baik secara langsung mahupun jarak jauh, berarti anda telah bersedia untuk mendapatkan ilmu rahsia warisan leluhur yang akan siap anda pergunakan untuk berbagai keperluan. Secara garis besar sumber Tenaga Dalam Bathin ini berpusat pada diri kita sendiri yang memfungsikan dari beberapa kekuatan didalam tubuh, adapun hal ini dibagi 3 bahagian antara lain :

  1. Kekuatan Fizik, dilatih dengan gerak/jurus tertentu sehingga dapat menjaga dan membentengi tubuh kita secara lahir apabila terjadi kontak fizik.
  2. Kekuatan Bathin, dilatih dengan pernafasan tertentu sehingga tidak hanya secara fizik saja yang kuat Bathin kita juga bagus.
  3. Kekuatan Iman, dilatih dengan dzikir khofi/hati, termasuk juga Dzikir Nafas dengan Asma’ul Husna.


BERBAGAI MANFAAT DAN KHASIAT PENGOLAHAN TENAGA DALAM BATHIN

  1. Melontarkan musuh dari jarak jauh tanpa menyentuh.
  2. Penjagaan diri dari serangan halus.
  3. Pengubatan diri sendiri dan orang lain.
  4. Penjagaan rumah / Harta Benda dari pencurian.
  5. Mengunci musuh sehingga tidak dapat berkutik.
  6. Mencabut kekuatan Ilmu Bathin lawan.
  7. Pengasihan dan kewibawaan yang memancar sehingga disenangi kawan dan ditakuti lawan.
  8. Melancarkan segala urusan, sehingga tercapai apa yang kita harapkan.Termasuk memiliki bathin yang lebih tajam
  9. Dapat mendeteksi mahupun menyalurkan kekuatan ke benda (Cincin, Keris, Dll) atau menyalurkan keorang lain untuk berbagai keperluan (Pengubatan Alternatif, Kekebalan, Pengasihan, Dll).

IJAZAH 42:RAWATAN MEMBUANG SUSUK-Susuk adalah antara cabang ilmu sihir, apabila sesuatu benda dimasukkan ke dalam tubuh bagi menghasilkan sesuatu tujuan. Ia dipasang oleh dukun-dukun/bomoh yang mendalami bidang tersebut. Di antara tujuan susuk digunakan adalah seperti berikut:

  • Menjadi cantik dan sentiasa dipandang berseri-seri serta awet muda.
  • Menghasilkan kekuatan luar biasa dan kekebalan yang biasa digunakan oleh pengamal ilmu persilatan.
  • Menjadi penunduk dan penggerun supaya orang lain menjadi hormat atau pun takut.
  • Menguatkan tenaga seks atau pun menaikkan ghairah seks. Ia digunakan oleh pelacur-pelacur atau pun orang yang berminat dengan kehidupan seperti itu.

 

Susuk yang biasa digunakan adalah berbentuk jarum atau pun bahan tajam yang terdiri daripada unsur besi, perak, tembaga, suasa atau pun emas. Berlian juga biasa digunakan sebagai susuk kecantikan. Ketika susuk dimasukkan ke dalam tubuh, mantera-mantera dan ritual penyembahan serta penyeruan jin, syaitan dan iblis laknat terkutuk dilakukan oleh bomoh-bomoh susuk berkenaan. Terdapat juga bomoh yang menggunakan ayat-ayat suci al-Quran, namun jelas susuk itu bertentangan dengan syariat Islam.

Pemakaian susuk memberikan khayalan palsu kepada pemakainya. Beliau merasa masih muda, cantik dan kuat. Penggunaan susuk itu mujarab disebabkan bantuan jin dan syaitan yang memberi gambaran palsu kepada orang yang melihatnya. Pengamal susuk menjadi hodoh, tua, lemah dan tidak sekuat dulu apabila susuknya dibuang.

Muslimin dan muslimat wajib menjauhi pemakaian susuk walau apapun alasan dan bentuk susuk tersebut. Kita wajib menghindarinya kerana ianya membawa akibat yang buruk terutama di akhir usia dan azab di akhirat yang dahsyat kerana syirik kepada Allah S.W.T.

 

ILMU HAQ PEMUSNAH SUSUK

Sangat sesuai untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja terutama yang berprofesi sebagai perawat,selepas menerima pengijazahan dan pengisian energi haq Pemusnah Susuk,Insya Allah anda berkemampuan membuang/mengeluarkan susuk pada tubuh pesakit atau pengamal atau pemakai susuk emas,berlian,intan,samber lilen,susuk kekuatan,susuk kejantanan,susuk kemaluan dan sebarang jenis bentuk susuk dapat dilunturkan,dimusnahkan atau dibuang menggunakan ilmu Haq Pemusnah Susuk,hanya dengan kaedah bersalaman,menepuk ataupun menampar tempat adanya susuk tertanam pada tubuh pengamal/pemakai susuk,secara ghaib dan nyata susuk keluar dari dalam tubuh disaksikan sendiri oleh perawat dan pemakai susuk secara nyata.Bila susuk sudah keluar maknanya kekuatan dan kesaktian pemakai susuk akan hilang buat selama-lamanya. Pengisian keilmuan memakan masa hanya 5 minit samada jarak jauh mahupun jarak dekat,keilmuan langsung boleh dipraktikalkan serta merta ditempat tanpa puasa,tanpa ritual berat dan sebagainya.Buktikan keampuhannya.

 

IJAZAH 43:RAWATAN SIHIR PEMISAH-

Pengertian Sihir Pemisah: Sihir pemisah ialah perbuatan sihir untuk memisahkan di antara pasangan suami isteri atau menimbulkan permusuhan di antara dua sahabat.

Jenis-jenis sihir pemisah:

  • Memisahkan seorang lelaki dengan ibunya.
  • Memisahkan seorang lekaki dengan bapanya.
  • Memisahkan seorang lekai dengan saudaranya.
  • Memisahkan seorang lelaki dengan sahabatnya.
  • Memisahkan seorang lelaki dengan rakan kongsinya di dalam perniagaan dan lain-lain.
  • Memisahkan seorang lelaki dengan isterinya. Jenis inilah yang paling bahaya dan banyak berlaku.

 

Tujuan ia dilakukan:

  • Menukarkan secara tiba-tiba dari cinta kepada benci.
  • Mendatangkan kebencian antara keduanya.
  • Membangkitkan bermacam-macam kebencian sehingga tiada jalan untuk berbaik semula.
  • Menimbulkan perasaan benci suami-isteri sehingga suami melihat isterinya yang cantik seperti wanita hodoh. Begitu juga dengan isteri. Pada hakikatnya, syaitanlah yang menempel di wajah meraka dengan rupa yang berubah-ubah.
  • Menimbulkan benci di hati mangsanya untuk melakukan pekerjaan.
  • Menimbulkan benci di hati mangsanya untuk memsuki rumahnya sendiri. Setiap kali dia masuk dirasakannya begitu sempit.

 

 

IJAZAH 44:RAWATAN SIHIR PELALAU-Tujuan sihir pelalau ini ialah untuk menghalang pesakit dari mencari rezeki samada di tempat kerja atau premis perniagaan, menghalang perkahwinan atau menghalang kemajuan dalam pembelajaran. Semua usaha untuk mencari rezeki-rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah.

 

Sihir pelalau sering dilakukan pada premis tempat kerja atau premis perniagaan yang boleh menyebabkan perniagaan ditutup kerana kerugian atau tidak ada pelanggan membeli atau berurusan. Ada juga sihir pelalau untuk membuat anak-anak lalai dalam pelajaran dan akhirnya tidak lulus peperiksaan atau berhenti sekolah. Terdapat sihir pelalau untuk menghalang pesakit untuk berkahwin atau bertunang.

 

Ada 4 jenis sihir pelalau atau sihir penghalang:

Sihir penghalang perniagaan

Sihir penghalang perkerjaan

Sihir penghalang pembelajaran

Sihir penghalang perkahwinan atau pertunangan

 

Sihir pelalau ini biasanya menggunakan kaedah makhluk halus iaitu jin. Sihir pelalau perniagaan selalunya akan menggunakan makhluk halus untuk menjaga atau menghalang premis perniagaan dari para pelangan. Jin-jin ini lah yang diperintahkan oleh tuan punya bomoh untuk mengelirukan pelanggan yang hendak datang ke premis perniagaan tersebut.

Pesakit-pesakit yang mengalami sihir pelalau ini dan kebanyakan dari mereka dihinggapi jin dalam tubuh dan otak mereka. Jin-jin inilah yang mempengaruhi dan menguasai pemikiran dan perasaan persakit supaya berkelakuan seperti malas, bingung, emosi gelisah dan resah, pemikiran tidak fokus, mengantuk yang berlanjutan, sakit seluruh badan, panas baran, selalu marah-marah tanpa sebab  dan dan lain-lain.

A. Simptom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau perniagaan:

  1. Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang berkenaan, atau pun nampak, tetapi seperti tidak perasan.
  2. Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan.
  3. Sihir pelalau yang dikenakan pada kedai makanan boleh menyebabkan makanan yang dihidangkan cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak.
  4. Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makanan itu.
  5. Pesakit atau tuan punya perniagaan itu akan merasa tidak bersemangat untuk berniaga, mengantuk yang bersangatan, malas, rasa takut, gelisah dan sakit badan, tetapi semua penderitaan dan perasaan yang dialami akan hilang, pulih seperti sediakala sebaik-baik sahaja melangkah keluar dari kedai.

B. Simptom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pekerjaan:

  1. Pesakit rasa malas di pejabat, mengantuk yang berlarutan, resah dan gelisah di tempat kerja hingga tidak fokus dalam mengerjakan tugas-tugas di pejabat.
  2. Malas dan tidak berminat untuk pergi kerja, kadang-kadang sesat tidak jumpa tempat kerja atau pejabat, fikiran runsing dan tidak dapat melaksanakan kerja dengan betul, dan akhir sekali terpaksa di buang kerja oleh majikan atau berhenti bekerja (resign).
  3. Tidak disenangi oleh kawan-kawan sekerja atau pegawai atasannya sering mencari-cari kesalahannya.
  4. Produktiviti perkerjaan merosot dan pesakit mempunyai moral yang rendah untuk bekerja.

C. Simptom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pembelajaran:

  1. Anak-anak yang sedang belajar dengan tiba-tiba akan menjadi pelupa, tidak mahu pergi sekolah lalu berhenti, padahal sebelum ini dia merupakan pelajar yang baik dan rajin.
  2. Anak-anak akan menjadi leka dan tidak fokus dalam pelajaran nya dan akhir sekali tidak mahu ke sekolah.
  3. Mula malas melakukan ibadah seperti sembahyang fardhu, mengaji Quran, dan sebagai nya.
  4. Si anak itu lama kelamaan terdorong untuk melakukan kejahatan seperti mengambil dadah, minum arak, berzina, dan lain-lain.

D. Simptom penderitaan dan halangan untuk sihir penghalang perkahwinan:

  1. Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin yang membuatkan seseorang itu tidak bertemu jodoh selagi kekuatan sihir itu ada di dalam badannya.
  2. Sihir ini boleh membuat pesakit murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri.
  3. Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan. Contohnya pihak perempuan akan menolak peminangan pihak lelaki tanpa sebab, atau rombongan peminangan dihalang datang dengan berlakunya kemalangan, atau memutuskan tarikh pertunangan atau perkahwinan walaupun telah di persetujui terlebih dahulu. Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas, atau ada sebab tetapi terlalu kecil untuk dijadikan alasan.
  4. Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas saja bertunang atau berkahwin, sedangkan sebelum bertunang atau berkahwin, mereka samat sayang menyayangi. Ramai pasangan yang datang berjumpa dengan penulis mengadu berkenaan hal ini telah berlaku di dalam diri mereka.

 

IJAZAH 45:RAHSIA ILMU HAQ IBU KALIMAH

Rahsia Inti Haq Karomah kekuatan ghaib Hulubalang Melayu Zaman Silam saya ijazahkan khusus kepada peserta yang mengikuti program Kasyaf Qubro ini yang berfungsi bagi segala niat pengamalnya.Berkhasiat luarbiasa untuk ikhtiar Keselamatan jiwa raga,Keselamatan dari senjata tajam dll,Keselamatan dari bahaya angin dan air,Keselamatan dari fitnah musuh dan lawan,Keselamatan dari ilmu hitam, santau, guna-guna dll,Benteng dan perisai diri,Menambahkan kekuatan pukulan dan tendangan,Mendatangkan kekuatan yang paling dahsyat yang dirahsiakan dan tidak terduga,Jika terserang, musuh akan terpental dan pengsan,Mengunci gerakan musuh sehingga menjadi kejang,Mengambil dan mengosongkan kekuatan lawan tanpa menyentuh dan lawan menjadi lemah,Menambah daya karisma dan kewibawaan, Membangkitkan pernafasan sakti,Membangkitkan stamina sehingga tubuh tidak terserang oleh penyakit,Menyembuhkan diri sendiri dan orang lain dan pelbagai kelebihan lain yang akan dirasakan sendiri oleh pengamalnya.

 

YURAN KURSUS:RM1700(TINGKATAN KASYAF QUBRO)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s