TESTIMONI

TESTIMONI PENGALAMAN  PESERTA DALAM MEMPRAKTIKALKAN KEILMUAN GURU AGUNG DAN ILMU NURUL GHOIBIYYAH HIJABUL ASRAR QUBRO ANUGERAH AGUNG (LEVEL 1 & 2/KASYAF KUBRO)

foto Master Asrolfadli

TESTIMONI TERBARU(10/09/2012):

Pada Hari Isnin 10 September 2012 pukul 8:02 pagi,saya menerima email terbaru Master Asrolfadli “Gambar Entiti Makhluk Halus Dan Aura menggunakan Kamera beliau sendiri yang telah diasmak dengan Ilmu NURUL GHOIBIYYAH HIJABUL ASRAR QUBRO ANUGERAH AGUNG LEVEL 1.Ada pocong,ada yang bertanduk,ada bola api,ada yang muka hijau,ada cahaya  biru transparen(aura)dan sebagainya.

(i) Foto Aura Biru Transparen

(ii)Foto Entiti 1

(iii)Foto Entiti 2

 (iii)Foto Entiti 3

(v)Foto Entiti 4(Pocong)

(vi)Foto Entiti 5

(vi)Foto Entiti 6

(vi)Foto Entiti 7

(vii)Foto Entiti 8

KES: JIN ASYIQ

 

Assalamualaikum warohmatullah.Segala Puji Bagi Allah dan Solawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad Shollallaahu ‘Alaihi Wassallam.

 

Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Quran sebagai Penawar dan Rahmat. Saya Master Asrolfadli Bin Muhammad pengasas Pusat Rawatan Metafizik Islam Al-Muawwizat dan Perguruan Tenaga Dalam Haqqul Mubin, Bandar Sungai Petani, Kedah, Malaysia. Alhamdulillah, saya telah mengikuti program Guru Agung Haqqul Yaqin dan Nurul Ghoibiyah Hijabul Asror Level Kasyaf Kubro Tingkat Tinggi di Anugerah Agung Spiritual Development Centre dan saya diijazahkan keilmuan secara langsung oleh Mahaguru Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi PhD.

 

Pengalaman pertama cuba merawat adik ipar( perempuan, berusia 25 tahun ). Pada asalnya Cuma ingin membuat  ‘scanning’ sahaja guna kaedah ‘Tapak Tangan Cahaya’. Terasa begitu kuat  energy dari mukanya. Tiba-tiba dia berubah karakter dan begitu jelas dia kerasukan. Bila diajak berdialog ,jin tersebut hanya membisu sehinggalah saya guna kaedah Ruqyah, menggelepar seluruh badan dan barulah dia bersuara minta dihentikan Ruqyah. Nampak sangat dia kepanasan sampai tak mampu nak cakap apa-apa selain “sudah…sudah…sudaaaaaahhhhh~!”. Alhamdulillah, timbul ilham bacakan pada dia Surah al-Anbiyaa’ ayat 69, barulah dia tenang dalam keletihan dan mula bercakap. Ingatkan bisu tadi atau tak tau bahasa Melayu~!

 

Sedia maklum perangai golongan jin ni yang memang suka nak putar belit fakta dan cuba nak mencipta satu cerita fitnah, apabila ditanya samada dia jin sihir atau saka, katanya ‘’sss.ss..siii..hhirrrr”. Sekali lagi Allah bagi gerak hati supaya jangan layan bila dia jawab begitu. Kalaulah dilanjutkan pertanyaan “siapa yang menghantar kau?”…pasti jin tu akan main cekup ja nama siapa-siapa yang dia kenal, mungkin ahli keluarga, mungkin jiran-jiran atau mungkin kawan-kawan supaya jadi fitnah dan permusuhan antara kita. Lebih parah lagi kalau dia sebut nama kita sendiri yang merawat ni. Alhamdulillah saya tak layan.

 

Bila jadi bosan jin tersebut tak mau terus terang, saya teruskan Ruqyah, guna kaedah merotan jin, melontar jin. Isteri saya juga turut membantu menggunakan Ilmu Hikmah Karomah Ayatul Kursiy + Doa Akbar Khusus Ayatul Kursiy Anugerah Agung. Bergetar seluruh badan adik ipar saya sehingga beliau berpusing-pusing atas lantai bila Isteri saya bacakan ayat Kursiy terus kecorong telinganya sambil mema’rifatkan bola api yang besar, isteri saya menghembus ketelinganya. Akhirnya bila diugut jika kami akan teruskan lagi ‘membakar’ dengan ayat-ayat Allah, barulah dia berterus terang. Saya bertanya“ Apa tujuan kau duduk dalam badan ni ?”……Jin tersebut menjawab dalam keadaan terketar-ketar, “Suka…suka….suuukaaaa”, mula nak menangis. Dia suka dan sayang pada adik ipar saya.

 

foto diatas sekadar hiasan sahaja

Barulah dapat disimpulkan, rupa-rupanya dia adalah jenis  Jin Asyiq, jenis yang ‘jiwang’ atau mudah jatuh cinta dengan manusia. Tapi ada hati dia nak berbohong mengatakan dia Jin Sihir. Saya bagitau jin tersebut bahawa..” Allah cipta semua makhluk berpasang-pasangan dari jenis masing-masing. Manusia dengan Manusia.Jin dengan Jin, Lembu dengan Lembu, Itik dengan Itik.Lagipun kau duduk dalam badan dia mesti kepanasan bila dia baca Al-Quran atau baca ayat Kursiy atau berzikir”….Jin tu angguk-anggukkan kepala mengiyakan kata-kata saya.Saya pujuk jin tersebut bahawa ramai lagi jin-jin perempuan yang Islam dan cantik-cantik dan baik-baik di luar sana malah lebih cantik dari adik ipar saya. Timbul Ilham lalu saya berdoa agar Allah tunjukkan pada jin ni keindahan Jin-Jin Islam yang soleh dan solehah. Jin tu tersenyum-senyum sipu mungkin kerana Allah nampakkan pada dia. Malu-malulah pulak jin ni. Saya juga pujuk dia peluk Islam dengan ucap syahadah.Alhamdulillah dia ikut. Dan dia diajar berikrar …”AKU AKAN KELUAR DARI TUBUH INI DAN BERJANJI TIDAK AKAN MASUK  LAGI, DAN TIDAK AKAN MENGGANGGU MANA-MANA MANUSIA LAGI, JIKA AKU MUNGKIR JANJI AKU AKAN DILAKNAT ALLAH DAN SEMUA MAKHLUK.”……dengan teresak-esak kesedihan dia berikrar dan dengan rela hati keluar meninggalkan adik ipar saya dan beberapa saat kemudian adik ipar saya pun tersedar .

 

Begitulah serba sedikit mengenai pengalaman pertama saya menangani gangguan jin asyiq. Pesanan saya, hendaklah kita  berhati-hati dengan tipu daya jin yang sememangnya banyak muslihat dan hendaklah kita bertakwa kepada Allah dan yakin dengan pertolonganNya kerana “ LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH ” .Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada guru saya, Mahaguru Dr. Mohamad Rizal bin Rosdi PH.D.

 

….

MASTER ASROLFADLI

SUNGAI PETANI KEDAH

HP:012-484 3004

 

INFO:MASTER ASROLFADLI TELAH MENGIKUTI PROGRAM GURU AGUNG + NURUL GHOIBIYYAH HIJABUL ASRAR QUBRO ANUGERAH AGUNG LEVEL 1 & LEVEL 2(KASYAF QUBRO) SECARA HADIR DIRI DI KUCHING 3/7/2012(DALAM BULAN RAMADHAN),ALHAMDULILLAH SELEPAS MENGIKUTI PROGRAM GURU AGUNG DAN NURUL GHOIBIYYAH,BELIAU LANGSUNG DAPAT MEMPRAKTIKALKAN DAN MEMBUKTIKAN KEBERADAAN ILMU TERSEBUT DENGAN KEIZINAN ALLAH SWT.KEILMUAN TAPAK TANGAN CAHAYA,KAEDAH RUQYAH MEROTAN JIN,MELONTAR JIN DLL MERUPAKAN KAEDAH RAWATAN DALAM PROGRAM GURU AGUNG+NURUL GHOIBIYYAH HIJABUL ASRAR QUBRO.SYABAS MASTER ASROLFADLI.SESIAPA YANG MENGALAMI MASALAH GANGGUAN JIN,SIHIR,SANTAU,SAKA DAN SEBAGAINYA BOLEHLAH BERIKHTIAR MENDAPATKAN RAWATAN DARI MASTER ASROLFADLI!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s